Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, May 7, 2010
Demi Untukmu Ibu -
SEKALI AIR BAH, SEKALI PASIR BERUBAH.
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Seorang ibu mampu menjaga, memelihara, mengasuh, mendidik dan membesarkan 10 orang anak, malah lebih daripada itu. Tetapi sepuluh anak belum pasti dapat menjaga seorang ibu yang sudah tua. Mengapa ini terjadi? Hina dan lemah sangat kehidupan seorang anak. Sejak kita berada di alam rahim, selepas itu di alam dunia...kasih ibu tidak pernah berubah. Tidak tergelincir walau sesaat kasih dan sayangnya pada kita..tapi kasih kita pada ibu kadangkala suram, kelam dan pudar kerana ada orang lain yang kita sayang. Adilkah sikap kita itu.
Ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada kita, cukup sekadar kata-kata sayang dan tanda ingatan yang tidak penah hambar.Tetapi semasa hayat kita, kita mengharapkan pelbagai daripada ibu. Kita inginkan masakkannya, kita inginkan duitnya, kita inginkan layanannya, kita inginkan pengorbanannya dan macam-macam lagi hingga tidak mampu dicoretkan dengan kata-kata. Semua keinginan kita ibu penuhi demi untuk tidak menghampakan hasrat kita atau kerana tidak mahu kita berkecil hati. Tahukah kita, dalam merealisasikan keinginan kita itu, ibu dan bapa kita bergolok-bergadai, memerah keringat dan bersengkang-mata. Kita senang-senang saja menghabiskan wang perbelanjaan yang ibu berikan..kadang-kadang kita tidak gunakan wang itu dengan baik...kita beli rokok, kita belanja kawan, kita tidak habiskan makanan kita. Kalau ibu kita lihat pembaziran itu..ibu kita akan teresak-esak menanggis kerana kecewa dengan sikap kita..
Hari ini ibu kita masih ada. Esok atau lusa belum pasti. Kita makin dewasa, tetapi ibu kita makin membilang usia. Sempena Hari Ibu ini, marilah kita sama-sama bertekad untuk menyayangi ibu kita dengan sepenuhnya. Marilah kita nyatakan pada ibu kita bahawa kita sanat sayang dan kasih pada ibu. Bayangkan, jika ibu kita pergi meninggalkan kita beberapa detik lagi. Ibu x sempat lihat kejayaan kita, ibu tidak pernah berbangga dengan pencapaian kita, Ibu kita kecewa, Ibu kita terasa hati dengan sikap kita. Adakah disaat itu baru kita mahu sedar dan bangkit daripada mimpi...Sudah terlambat anak-anakku. Oleh itu, marilah kita berubah, kita beri tumpuan pada pelajaran, kita hadiri kelas tambahan..bukan untuk orang lain, tapi demi untuk memenuhi hasrat dan keinginan ibu...
No comments:
Post a Comment