Thursday, May 13, 2010

CERPEN HARGA REMAJA - IBU DAN CEPER

SINOPSIS:-

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-

Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
Setiap yang hidup akan mati.
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

Seorang yang rajin.
Pandai membuat tikar.
Bergaul dengan masyarakat.
Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.
Tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya jarang membantu

b. Bapa

Suka mendenak burung ketitir.
Meninggal dunia kerana terjatuh.
Kurang bertanggungjawab

c. Aku

Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.
Telah berkeluarga
Mewarisi pekerjaan ibunya
Bertanggungjawab menjaga ibu.

Dipetik daripada blog ckg Azemis

1 comment:

  1. sinopsis ada yang tidak berapa complete ... ada lagi sinopsis yang penting yang para remaja perlu tahu... :] nota komsas tadak berapa lengkap....

    ReplyDelete