Tajuk Perbincangan Kumpulan 4:
Tingkatan 5 Sains 2 – SMK Sijangkang Jaya
Pelbagai masalah remaja menjadi bualan
semua pihak dan dikatakan memberi kesan kepada generasi akan datang.
Sebagai remaja, huraikan peranan anda bagi
membentuk remaja yang cemerlang
Dalam era modenisasi ini, dunia menyaksikan iktisad negara
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara semakin pesat membangun
seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut, seiringan dengan negara maju
yang lain. Namun permasalahan remaja cemerlang masih tiada
penghujungnya. Dari segi konsepsinya, remaja cemerlang boleh didefinisikan
sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu
perkara. Biasanya, remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai
tonggak utama mencapai kejayaan. Natijahnya, remaja yang cemerlang ini akan
mengecapi masa depan yang lebih cerah. Remaja yang cemerlang boleh dianalogikan
sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut yang
bersinar cemerlang, dicampakkan ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah
terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang bersinar. Dalam huraian yang
berikutnya, saya akan jelaskan peranan saya sebagai seorang pelajar bagi
memupuk remaja yang cemerlang.
Sudah
terang lagi bersuluh, dengan menghormati ibu bapa dapat
melahirkan remaja yang cemerlang. Hal ini kerana ibu bapa berasa lebih tenang
dan gembira apabila kita mengormati mereka. Segala yang dilakukan pasti akan mendapat
keberkatan. Oleh itu, setiap remaja
haruslah menghormati ibu bapa mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di
akhirat. Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah, setiap anak wajib menghormati ibu
bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan sebagai cahaya yang sentiasa bersinar
dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat memupuk remaja yang
bersahsiah mulia dan berwawasan. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl, ayat
125, serulah ke jalan Tuhanmu, wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana
serta berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu
lebih mengetahui asal usul hambanya. Oleh itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil
kontemporari dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa ialah
golongan yang wajib kita hormati. Kita sebagai anak tidak sepatutnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sekiranya setiap remaja menghormati ibu
bapa mereka, maka kehidupan keluarga akan sentiasa terjamin
Selain
itu, kita juga perlu bijak menguruskan masa. Hal ini kerana ramai
pelajar mahupun remaja sering merungut menghadapi kekangan masa. Namun, tidak
dapat dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang mampu menguruskan masa dengan
baik dan lebih bersistematik dengan membina jadual harian mahupun jadual
belajar secara persendirian. Natijahnya, akan lahirlah pelajar yang tidak
mengalami tekanan dalam kehidupan seharian mereka. Masa yang terluang perlu
diisi dan dimuatkan dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar cemerlang SPM tahun
2009, Nik Nur Madihah yang mencapai keputusan 20 A telah menggunakan masa yang
terluang dengan mengulang kaji pelajaran. Biarpun masa yang ada tidak
mencukupi, namun tiada rungutan yang dikeluarkan olehnya, sebaliknya berusaha
menguruskannya dengan bijak. Hal ini telah membuktikan bahawa masa itu amat
bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan. Pelajar
yang cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat
sehingga tidak mampu untuk bernafas. Sebaliknya, pelajar mahupun remaja yang
tidak mempunyai wawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu
untuk dijalani. Pengurusan masa yang sistematik dan teratur mampu
membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan.
Sesungguhnya, amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa
yang bernilai ibarat emas berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari. Haruslah
diingatkan bahawa, masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali kedua.
Sekiranya remaja mahupun pelajar bijak menguruskan dan memanfaatkan masa dengan
sebaik mungkin, nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada mengalami tekanan
mahupun stres yang hebat. Oleh itu, sekiranya setiap remaja mampu menguruskan
masa dengan bijak, nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang
dan maju kehadapan .
Dari
sudut kodifikasi yang berbeza, remaja yang rajin berusaha dan
beristiqamah untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa
pasti akan berjaya. Hal ini kerana manusia yang mudah mengalah tidak akan
mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha. Masa depan mereka musnah
dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh. Secara tidak langsung mereka
akan menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning. Menurut
seorang tokoh terapi minda terkenal iaitu Dr. Muhaya, manusia yang tidak berharap untuk menang
telah sedia kalah. Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang
patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu
bertongkatkan kuku. Jika kita menghadapi sesuatu rintangan seperti patah kandar
di tengah jalan, kita seharusnya menghadapinya dengan kental. Remaja
yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu tertiarap malah
pasti akan bangun semula dari kegagalan. Orang yang tidak berusaha,
pasti cetek ilmunya. Sekiranya remaja berusaha ditambah pula dengan doa dan
tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara
kelak.
Seterusnya,
agama sememangnya penting sebagai petunjuk supaya mereka sentiasa
berada pada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, remaja cemerlang akan mempunyai
didikan agama yang sempurna dalam diri mereka. Hal ini kerana didikan agama
yang secukupnya dapat membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia.
Remaja yang mempunyai didikan agama boleh dianalogikan seperti pokok yang
mendapat baja yang baik untuk terus hidup. Menurut Albert Einstein, agama tanpa
ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Terbuktilah, agama sangat
penting dalam membentuk remaja yang cemerlang, seterusnya dapat membantu untuk
merealisasikan visi negara. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan
kepada anak – anak mereka untuk menunaikan solat lima waktu, mengaji dan
memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara
yang sia – sia. Natijahnya, remaja tidak akan terpesong dari landasan yang
betul. Jadi benarlah bahawa didikan agama memberi kesan yang mendalam untuk
membentuk remaja yang cemerlang
Kesimpulannya,
remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala halangan
bagi mencapai segala yang diimpikan dan merupakan tonggak kepada keluarga serta
menjadi pelapis negara yang sentiasa mempunyai idea untuk menempatkan negara
dengan acuannya sendiri. Biasanya, remaja yang ingin mencapai kejayaan di
menara gading akan memerah tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia
dan di akhirat. Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan
akan menjadikan mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina
kecemerlangan diri. Remaja yang cemerlang akan menjadi seperti pucuk dengan
pelepah. Menurut Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah, seorang pakar motivasi, jika
tujuan kita jelas , kita boleh mencapai kecemerlangan dengan jayanya. Sebagai
pemimpin pelapis, remaja yang cemerlang akan pandai meniti buih supaya selamat
tiba di seberang. Janganlah hanya menjadi seperti angan – angan Mat Jenin yang
akhirnya jatuh ke perdu pohon. Oleh itu, remaja perlu memiliki sifat – sifat
mahmudah bagi menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi kehidupan
kelak. Remaja yang cemerlang akan dapat melayari bahtera kehidupan
dengan lebih cemerlang tanpa sebarang masalah. Semoga remaja yang
cemerlang dapat merealisasikan Wawasan 2020 bagi memastikan negara duduk sama
rendah berdiri sama tinggi dengan negara lain.
Stupid fucking clickbait just to fish views for that stupid fucking youtube video about fucking cranes
ReplyDeletePlease ignore the top irrelevant comment that is not related to this topic
ReplyDeleted0g nigger
Delete