FAKTOR-FAKTOR (fokus) YANG MENYEBABKAN
KEJADIAN TANAH RUNTUH (isu).
Pendahuluan.
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu tanah runtuh kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu tanah runtuh ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung
kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu tanah runtuh berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang
sukar untuk dibendung. Faktor-faktor kejadian tanah runtuh
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya
Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh
ialah aktiviti penebangan hutan tanpa kawalan. (MENGAPA)
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penerokaan dan penebangan hutan
terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan, membina infrastruktur dan
sebagainya. (BAGAIMANA) Apabila penebangan hutan dilakukan, maka akan menyebabkan tanah
terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang longgar dan
tidak stabil kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi hingga
menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Hal ini menjadi lebih parah
apabila adanya pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga pertanian
yang tidak sistematik. Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan factor kejadian
tanah runtuh.
Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada
aktiviti penggondolan bukit untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi. (MENGAPA)
Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira
factor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan, darjah
luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan boleh mengundang
kepada tragedi ngeri. (BAGAIMANA) Tanah yang digondolkan akan menyebabkan
struktur tanah menjadi tidak stabil dan boleh menyebabkan berlakunya
gelongsoran tanah yang memungkinkan meragut nyawa dan kehilangan harta benda. Penggondolan
dilakukan untuk pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan lebuh raya. Jelaslah
bahawa, penggondolan yang tidak terancang boleh menyebabkan berlakunya tanah
runtuh.
Faktor seterusnya, yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah
runtuh ialah fenomena alam. (MENGAPA) Kita sedia maklum
bahawa fenomena alam bukanlah dicipta oleh manusia tetapi manusia boleh
merancang dan bersedia menghadapi fenomena alam menggunakan kaedah saintifik
dan moden.(BAGAIMANA) Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan
menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi
longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan
mudah runtuh. Pada kebiasaannya, pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi
kuantiti takungan atau larian air yang banyak. Kesannya akan berlaku tanah
runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit. Antara fenomena alam yang
menjadi punca tanah runtuh ialah banjir, gempa bumi, hujan lebat dan
sebagainya. Dapatlah disimpulkan bahawa, fenomena alam merupakan antara punca
berlakunya tanah runtuh.
Kesimpulannya, kejadian
tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas dengan teruknya.
Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan amat
diperlukan agar tidak membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi
seperti kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau kedegilan pihak-pihak
tertentulah yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan
kita. Bak kata orang tua-tua, “nasi sudah menjadi bubur” yang mengingatkan kita
bahawa semua yang berlaku sudah terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu
bertindak mengatasinya dengan lebih awal.
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini cikgu. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.
ReplyDeletemohon copy ya tuan :)
ReplyDeletesalam...mohon izin cikgu untuk saya kongsikan isi-isi karangan ini dengan anak-anak muris saya..terima kasih :-)
ReplyDeleteTerima kasih cikgu~ rujukan yg sngt b'gna kpd sy.... :)
ReplyDeleteterima kasih cikgu-rujukan yg sngt bermanfaat kpd saya :)
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.. Susunan ayat yg jelas dan penggunaan ayat jugak sungguh canggih
ReplyDeleteHuraian yang menarik dan matang, saya suka!! Terima kasih cikgu!!
ReplyDeleteMmg la huraian yg cantik dan matang..... dh nama pun cikgu.bengap tul
DeleteCakap kat diri sendiri ke?
DeleteYe dia Cakap Seorang
DeleteBargurau saja Cikgu Jangan Ambil Hati
Deletecikgu sekolah sk tiwa ke????.....saya divesh
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteIsinya sangat bagus
ReplyDeleteMohon copy utk karangan..terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih Benda ini Akan Membantu saya Menjawab Ujian Lisan Esok Hari ._.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu .. Dengan rujukan ini saya dapat mengembangkan lagi idea saya untuk pembentangan lisan bahasa melayu esok .
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih cikgu untuk karangan anda
ReplyDelete