Sunday, October 28, 2012

Ramalan Kemahiran Berbahasa 2012


Bukan soalan ramalan tetapi latihan pengukuhan menjelang peperiksaan.

Berdasarkan soalan-soalan percubaan negeri-negeri.

ANALISIS SOALAN TATABAHASA
NEGERI 3 (b )
KELANTAN Cakap pindah kepada cakap ajuk
TERENGGANU Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut dan nyatakan  jenisnya
PAHANG Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
JOHOR Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah
SELANGOR Ayat songsang kepada ayat susunan biasa
NEGERI SEMBILAN Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
MELAKA Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut
PERAK Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya
KEDAH Pisahkan ayat majmuk menjadi dua ayat tunggal
PERLIS Ayat aktif kepada ayat pasif
SARAWAK(Kuching) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah  
YIK Bina ayat tanya dengan kata tanya yang betul
PULAU PINANG Menukarkan ayat biasa menjadi ayat susunan songsang
MRSM Ayat pasif kepada ayat aktif
LABUAN Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya
Skor BH Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah
Times Tentukan jenis ayat perintah – larangan,  suruhan,  permintaan,  silaan
SBP Cakap ajuk kepada cakap pindah

Saturday, October 27, 2012

Latihan Soalan Novel 2012 -



Sila cari jawapan bagi soalan yang diberikan. Rujuk mana-mana buku bagi mendapatkan jawapan yang tepat atau adakan perbincangan dengan rakan-rakan.


ANALISIS SOALAN NOVEL
NEGERI 4(a) – 7 markah 4(b) – 8   markah
KELANTAN Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan ketabahan watak dalam menghadapi dugaan Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel
TERENGGANU Huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel Satu latar masyarakat dalam dua buah novel
PAHANG Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
JOHOR Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada   novel tersebut. 
SELANGOR Huraikan dua latar tempat beserta peristiwa Dua teknik plot dalam sebuah novel
NEGERI SEMBILAN Kesesuaian pemilihan judulsesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.  Buktikan Berdasarkan sebuah novel,  huraikan tiga latar masyarakat
MELAKA Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan temayang terdapat dalam novel tersebut. Jelaskan satu nilai ketabahanyang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
PERAK Cabaran yang dihadapi oleh watak utama Berdasarkan dua buah novel,  satupengajaran
KEDAH Peleraian cerita (plot) pengajaran
PERLIS Huraikan tema sebuah novel Berdasarkan dua buah novel,  satulatar tempat
SARAWAK  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapaperistiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflikyang dihadapi dalam setiap novel
 
Kuching
YIK Dua konflik yang dihadapi olehwatak utama dan cara watak menyelesaikannya Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa yang memaparkan kasih sayang
PULAU PINANG Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa mnunjukkan nilai kerjasama dalam novel:
MRSM Jelaskan tema beserta huraian peristiwa Berdasarkan dua buah novel.  Huraikan  satu  perwatakan watak sampingan
LABUAN Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel
Skor BH Dua peristiwa yang menggambarkannilai kasih sayang Berdasarkan sebuah novel,  huraikanlatar masyarakat
Times Dua latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan Teknik penceritaan dalam dua buah novel
SBP Pilih dua peristiwa menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu menarik perhatian anda Berdasarkan dua buah novel,  huraikan satu latar masyarakat

Kepentingan SPM dalam hidup



Mengisi Waktu Cuti Sekolah :

Cuti sekolah sering ditunggu oleh setiap pelajar. Cuti sekolah juga dianggap sebagai hari untuk menyimpan beg dan merehatkan minda para pelajar. Adalah sesuatu yang amat malang, jika pelajar beranggapan bahawa cuti sekolah merupakan hari untuk mereka berbulan madu dan melupakan proses pembelajaran. Cuti sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti cuti hujung minggu, cuti penggal persekolahan dan juga cuti awam. Mengapa pelajar perlu bercuti? Apakah program yang boleh dirancang sewaktu cuti ? Semua persoalan itu akan saya huraikan dalam coretan seterusnya.

Dalam suasana bahang SPM kian membara, pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sudah pastinya resah gelisah. Namun jika masih ada yang mampu tidur lena dan dibuai mimpi indah, saya pasti mereka tidak sedikitpun memikirkan tentang kepentingan peperiksaan SPM. Bagi mereka, lulus atau gagal, cemerlang atau kecundang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Orang seperti ini hanya akan mengeluh dan berperasaan, apabila mereka ingin memohon pekerjaan kelak. Ketika itu barulah timbul  kesedaran dalam diri mereka tentang "maha pentingnya" sijil SPM dan kredit dalam bahasa Melayu.

Saban tahun, apabila bekas-bekas pelajar hadir ke sekolah selepas 3 atau 4 tahun meninggalkan alam persekolahan, mereka akan berjumpa dengan guru-guru dan menimbulkan kekesalan dalam diri kerana alpa dan leka ketika mengambil peperiksaan SPM yang lalu. Betapa susahnya mereka meneruskan kehidupan hanya berbekalkan pengalaman atau cakap-cakap tanpa sijil SPM yang sewajarnya. Kekesalan ketika itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Mereka cuba memperbaiki kehidupan dengan mengambil kertas Julai, tetapi rata-rata daripada kalangan mereka tidak mampu memperolehi keputusan yang baik. Terdetik di hati mereka, rupanya mengambil peperiksaan sewaktu di alam persekolahan adalah peluang yang perlu direbut dengan sebaik mungkin.

Dalam mengira detik waktu yang masih berbaki, sewajarnya calon-calon SPM 2012, mengisi waktu dengan sebaik mungkin. Penuhilah detik waktu ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang dapat membantu emosi, rohani dan intelek untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Namun, jangan abaikan kesihatan anda. Pastikan keperluan fisiologi dipenuhi, kerana kita tidak mahu dalam saat-saat intelek sudah bersedia, kesihatan kita terganggu. Kita tidak mahu timbul ketidakselesaan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM buat semua calon SPM 2012. Buatlah yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemuilang.


Tuesday, October 23, 2012


RANGKA JAWAPAN BAHASA MELAYU
BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

Dipetik dan diedit daripada blog bmspm

PENDIDIKAN

1.        Cara-cara menyayangi sekolah

Ø  Tidak merosakkan harta benda sekolah
ü  menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
ü  menghargai prasarana yang disediakan
ü  kempen antivandalisme

Ø  Mematuhi Peraturan-peraturan sekolah
ü  memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
ü  mematuhi arahan guru
ü  menjaga imej dan penampilan diri
ü  tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa
ü  menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah

Ø  Menjaga nama baik sekolah
Ø  mematuhi disiplin sekolah
Ø  mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan
Ø  bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum
Ø  berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai


 2.     Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu,  jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

Ø  Memudahkan dalam penguasaan ilmu
Ø  Dapat berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat dunia
Ø  Senang mendapat pekerjaan
Ø  Seiring dengan tuntutan globalisasi
Ø  Dapat bertutur dengan masyarakat dan memahami budaya mereka
Ø  Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat


3.     Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.

Ø  Membantu guru dalam pelbagai urusan berkaitan sekolah.
Ø  Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan
Ø  Mendoakan kesejahteraan guru
Ø  Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru
Ø  Menziarahi guru ketika sakit atau hari raya
Ø  Mendengar nasihat dan menghormati guru
Ø  Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan


4.     Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”
Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum,  sahsiah dan persekitaran fizikal.

Akademik
ü  Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam
ü  Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam
ü  Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan

Kokurikulum
ü  Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan
ü  Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah
ü  Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah
ü  Menyediakan juru latih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang

Persekitaran sekolah
ü  Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor
ü  Gotong royong peringkat sekolah dan kelas
ü  Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas

 Sahsiah
ü  Kem kepimpinan dan jati diri
ü  Anugerah tokoh murid


5.     Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

Ø  Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
Ø  Terletak di luar negara / dalam negara
Ø  Mempunyai bidang pengajian yang diminati
Ø  Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
Ø  Prasarana terkini dan kondusif
Ø  Kemudahan pangangkutan dan penginapan
Ø  Pensyarah yang hebat


1.     Remaja memberikan sumbgan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Ø  Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ø  Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
Ø  Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø  Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
Ø  Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah



ALAM SEKITAR
  
1.          Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

Ø  ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
Ø  ibu bapa menunjukkan teladan yang baik dalam program kitar semula
Ø  ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
Ø  ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
Ø  Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong
Ø  Ibu bapa menyediakan bekas buangan kitar semua yang sesuai.


  
2.     Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. 
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Ø  ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
Ø  ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
Ø  ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
Ø  ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
Ø  Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah
Ø  Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau


4.     Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Ø  Menyertai gotong royong di sekolah
Ø  Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
Ø  Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
Ø  Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
Ø  Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas
Ø  Membuang sampah di dalam tong sampah
Ø  Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan
Ø  Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
Ø  Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah

5.     Langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh

Ø  Pembangunan di lereng bukit yang terkawal
Ø  Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ø  Sistem perparitan yang terancang
Ø  Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna
Ø  Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
Ø  Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan  /  pembalakan haram.
Ø  Pemantauan secara berterusan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ø  Pembukaan kawasan pertanian secara terancang
Ø  Pembinaan benteng konkrit
Ø  Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’.

 




1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.

Ø  Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
Ø  Ahli keluarga yang sihat
Ø  Ahli keluarga yang berpendidikan agama
Ø  Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
Ø  Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
Ø  Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
Ø  Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
Ø  Ahli keluarga yang kaya

2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.

Ø  Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
Ø  Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
Ø  Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai pandangan orang lain
Ø  Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah laku
Ø  Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa
Ø  Bertindak tegas terhadap anak – perbetulkan kesalahan anak walaupun kecil sebagai pengajaran.
Ø  Memantau pergerakan anak-anak / pergaulan anak-anak di luar rumah.


3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

Ø  Ibu  bapa sebagai suri teladan
Ø  Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
Ø  Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
Ø  Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
Ø  Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
Ø  Anak-anak yang bersahsiah terpuji
Ø  peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara



4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.

Ø  Keluarga menjadi contoh dalam program membaca
Ø  Keluarga membaca bersama-sama
Ø  Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
Ø  Keluarga membawa anak-anak mengunjungi pameran buku
Ø  Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
Ø  Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai
Ø  Ibu bapa menyediakan ruang pembacaan yang kondusif di rumah.
Ø  Ibu bapa memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli bahan bacaan.

5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

Ø  Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah
Ø  Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan
Ø  Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi
Ø  Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku
Ø  Anak-anak sukar untuk membina kehidupan berkeluarga yang cemerlang kerana masih bergantung harap dengan keluarga apabila mereka sudah berkahwin.
Ø   

6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Ø  Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
Ø  Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
Ø  Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
Ø  Menziarahi ibu bapa di kampung
Ø  Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
Ø  Membawa ibu bapa melancong
7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.

Ø  Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
Ø  Mendidik anak-anak agar berani dan bijak membuat keputusan
Ø  Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
Ø  Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
Ø  Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
Ø  Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan
Ø  Memberikan didikan agama yang mantap dan kukuh dalam diri anak-anak supaya bertindak berdasarkan hukum agama.


8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan tersebut.

            Keprihatinan ibu bapa menentukan kejayaan anak-anak:
Ø  Memberikan kasih sayang secukupnya
Ø  Memantau perkembangan pembelajaran anak-anak
Ø  Menyediakan keperluan asas
Ø  Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
Ø  Mengawal pergaulan anak-anak
Ø  Meluangkan masa bersama-sama mereka
Ø  Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
Ø  Membentuk akhlak mereka


9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Ø  Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama keluarga
Ø  Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
Ø  Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
Ø  Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
Ø  Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga
Ø  Memantau pergaulan anak-anak dan memastikan anak-anak selalu berada bersama keluarga.
Ø  Tidak membebankan anak-anak dengan kerja rumah yang tidak bersesuaian.
Ø  Memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak secara terkawal.



10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

Ø  Gigih dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Ø  Mendapat didikan agama cukup dan sempurna
Ø  Bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan baik
Ø  Tidak terlibat dalam gejala sosial
Ø  Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
Ø  Sentiasa menerima teguran dan nasihat
Ø  Tidak terlalu mengikut emosi dan darah muda.
Ø  Menjaga maruah keluarga dan tidak menconteng arang ke muka ibu bapa.