| |||||
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Lagu: En. Rosman bin Adam Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof (IPGM Kampus Ilmu Khas) Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun, beranikan terima seruan Mendidik, memimpin penuh berwawasan Menciptakan kreativiti Melahirkan Guru Inovatif c/o Sahutlah cabaran, perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku tercinta Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada pernah jemu tiada putus asa Sedia menimba ilmu di mana saja Binakanlah keyakinan Merentasi segala halangan ulang c/o x2 |
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Wednesday, May 16, 2012
Selamat Hari Guru
Friday, May 11, 2012
Prosa Tradisi - Merah Silu
Sinopsis
Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri
Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah
Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai
rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya
menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh
isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut
tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan
kematiannya.
Berita
kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad
dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja
Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan
sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat.
Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih
hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri
Semerlanga itu.
Merah Silu
dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada
sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan
negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat
banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang
ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil
keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah.
Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan
Merah Silu menjadi kaya.
Merah
Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu
hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi
oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya
memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta
Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari
negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan
baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang
dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung
kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka.
Merah Silu berpindah lagi ke
sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat
Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan
menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan
Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang
luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah
kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan
persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba
Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu.
Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l-
Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.
Tema
Ketabahan seorang anak raja dalam
menghadapi cabaran hidup.
Merah Silu menjadi yatim piatu
setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya
Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana.
Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana
sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi
tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan
tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh
Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan
Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.
Persoalan
1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik
Perselisihan faham antara Merah Silu dengan
Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu
yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap
memalukannya.
2. Persoalan perkara di luar logik akalKeistimewaan seseorang keturunan raja
digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus
oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
Persoalan keberanian anak raja
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan
dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.
Persoalan sikap pemurah dalam kalangan
masyarakatMerah Silu yang suka menyabung ayam memberi
hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga
kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang
pertaruhan kepada mereka yang kalah.
5. Persoalan kegemaran berjudi
dalam kalangan masyarakat
Merah
Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Merah Silu
·
Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
·
Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
·
Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
· Kaya - Cacing gelang-gelang
yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
· Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain
menyabung dengan Merah Silu.
· Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan
bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
· Seorang yang berani- Merah
Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.
· Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada
sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam.
Watak Sampingan
1.
Merah Hasum
·
Adik kepada Merah Silu
·
Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu
untuk berpindah dari negeri Semerlanga.
·
Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana
menangkap kerbau liar.
·
Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan
perbuatan menangkap kerbau liar.
2.
Megat Iskandar
·
Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.
·
Tinggal di Buluh Telang.
·
Mempunyai ladang yang luas.
·
Bapa angkat kepada Merah Silu.
·
Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan
Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun
·
Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa
kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.
3.
Sultan Maliku”l- Nasar
·
Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
·
Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk
melantik Merah Silu di Rimba Jerun.
·
Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun
·
Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.
Latar
Latar Tempat
1. Negeri Semerlanga
·
Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan
kedua-duanya terbunuh. Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
2. Beruana
·
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
·
Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya
di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi
perak menyebabkan Merah Silu menjadi
kaya.
3. Kerbau Kampung
·
Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.
4. Hulu Karang
·
Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau
Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.
5. Negeri Buluh Telang
·
Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.
·
Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.
6. Rimba Jerun
·
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
·
Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar
ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.
Latar Masa
1.
Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di
Rimba Jerun.
2.
Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut
sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.
3.
Waktu siang - Merah Silu
pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.
Latar Masyarakat
1.
Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah
Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan
Maliku’l-Nasar
2.
Masyarakat yang suka menyabung ayam
- Ramai juara sabung ayam datang
bermain menyabung dengan Merah Silu.
3.
Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar
(anderak) bagi menangkap kerbau liar
·
Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri
peperangan.
·
Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ.
Gaya Bahasa
1.
Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat
2.
Bahasa istana - baginda,
adinda, kakanda , anakanda
3.
Bahasa Arab – berkat , Allah Taala
4.
Personifikasi – matahari mati
5.
Metafora – kerbau jalang
6.
Hiperbola
- Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk
bekas kerbau itu berjalan .
- Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua
tiga ratus.
Nilai
1.
Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah
raja untuk berperang sehingga melibatkan
banyak kehilangan nyawa.
2.
Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang
hadir ke gelanggang sabung ayam.
3.
Nilai Keberanian - - Merah
Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di
Rimba Jerun.
4.
Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari
petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.
Pengajaran
·
Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan
bukannya peperangan.
·
Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak
diganggu- gugat.
·
Kita hendaklah menghormati tetamu.
·
Kita janganlah menganiayai binatang.
·
Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum
mengambil sebarang tindakan.
Latihan
1.
Terangkan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerita Merah Silu.
2.
Jelaskan empat nilai murni
yang terdapat dalam cerita Merah Silu.
Jawapan:
1.
Latar Tempat
Negeri Semerlanga
·
Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan Puteri
Betong yang menyebabkan kematiannya. Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad.
·
Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan
kedua-duanya terbunuh.
·
Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
Beruana
·
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
·
Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya
di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi
perak menyebabkan Merah Silu menjadi
kaya.
Rimba
Jerun
·
Di perintah oleh Sultan Maliku”l-Nasar.
·
Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di situ.
·
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
·
Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar
ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.
2.
Nilai
Nilai taat
setia
Contoh: Rakyat
mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga
melibatkan banyak kehilangan nyawa.
·
Nilai murah hati
Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang
yang hadir ke gelanggang sabung ayam.
Megat Iskandar menjamu Merah Silu dan mempelawa Merah Silu
menetap di negerinya.
·
Nilai keberanian
Contoh: Merah Silu berani keluar merantau dari Beruana
setelah di halau oleh adiknya , Merah Hasum
Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar
untuk menjadi raja di Rimba Jerun.
·
Nilai berdikari
Contoh: Merah Silu
keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.