Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Saturday, August 27, 2011
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Latihan 1 :
1. pelopor = peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, peganjur, penggerak,
pengasas
2. pelosok = ceruk, penjuru, sudut, rantau
3. pesong = belok, mengalih percakapan, menyimpang dari aras sepatutnya,
menyimpang daripada tingkah laku
4. temasya = pesta, keramaian, parti
5. teladan = contoh, model, panduan, pedoman, panduan, nasihat, pengajaran
6. terampil= cekap, cergas, pantas, tangkas
Latihan 2 :
1. soal siasat
2. soal jawab
3. temu duga
4. temu bual
5. lemah lembut
6. lemah lesu
Latihan 3 :
1. terbang
2. penerbangan
3. berterbangan
4. menerbangkan
5. diterbangkan
6. menerbangi
Latihan 4 :
1. penat - penat-lelah
2. susah - susah-payah
3. bukit - bukit-bukau
Thursday, August 25, 2011
Ramadhan Hampir Berlalu - Mungkinkah Ramdhan Akan Datang Sempat Ku Temui
Alhamdulillah, hari ini 25 Ramadhan 1432H, bermakna hari yang ke 25 kita berada dalam bulan Ramadhan (berpuasa). Syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan kekentalan untuk menjalani ibadah ini dengan baik walaupun mungkin tidak sempurna atas kejahilan diri dan kegagalan mengawal nafsu diri. Moga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Di saat ini terusik di minda, terasa sebak di jiwa dan terasa tersentuh di dada. Ada persoalan yang melayani hati. Mungkinkah Ramadhan ini yang terakhir buatku? Mungkinkah solat Terawih yang terakhir ? Mungkinkah Sahur Ramadhan yang terakhir ? Mungkinkah berbuka Ramdhan yang terakhir ? Kalau benar semuanya yang terakhir, ruginya rasa dihati kerana tidak mampu menunaikan ibadah Ramdhan dengan sempurna. Ya Allah, semua ketentuan itu terletak dalam genggaman mu.
Ramadhan terlalu banyak fadhilatnya. Cuma, kekadang hal-hal dunia membataskan diri ini untuk merebut ruang dan peluang itu dengan sebaiknya. Belum sempat membawa diri, mengajak ahli keluarga dan beriringan dengan sanak saudara menghayati Ramadhan sepertimana penghayatan ahli-ahli agama. Hasrat menggunung tinggi untuk mendapat dan memperoleh pahala dan masuk syurga bersama ahli agama tetapi amal ibadat kita tidak sehebat mereka. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan ibadat Junjugan Mulia Kita Nabi Muhammad S.A.W, ataupun amal ibadat para sahabat dan para aulia'.Ya Allah lemahnya imanku dalam mengerjakan suruhan MU untuk keuntungan diri ku.
Bila dihitung dan dicongak, teringin untuk berhimpun dan berkumpul bagi menghidupkan malam-malam terakhir ini dengan semua ahli keluarga dan sanak saudara - untuk kita merebut peluang-peluang yang hanya tinggal beberapa hari ini. Mungkin dengan adanya ahli keluarga, kita punyai kekuatan tersendiri dan terpacak motivasi untuk mengerjakan amalan dengan baik. Ya Allah Sesungguhnya hidupku, matiku, amal ibadatku hanya untuk MU - Tuhan Empunya Sekelaian Alam.
Ya Allah, berikanlah kesempatan untukku menemui Ramdhan yang akan datang agar aku dapat merasai nikmat beribadat Ramdhan sepenuhnya sebelum aku kembali menemui MU. Lindungi diriku dan seluruh ahli keluargaku daripada semua kemaksiatan dan kemungkaran sehingga Ramdhan akan datang. Takutnya dengan azab MU yang membakar jasad-jasad hamba MU yang lalai dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba MU dengan sempurna dan terbaik.
Salam Ramadhan,
11.50 pagi