Cikgu paparkan beberapa bahan dari Blog Bahasa Itu Indah untuk panduan
BAHASA MELAYU KERTAS 1:
1. Pelancongan Domestik / Pelancongan Kesihatan
2. Perpaduan kaum di Malaysia
3. Isu alam sekitar di Malaysia- tanah runtuh, hakisan tanah, banjir kilat, penebangan hutan secara tidak terkawal
4. Isu kemelesetan ekonomi dunia - masalah pengangguran dan langkah mengatasi
5. Memulihara warisan bangsa - bangunan bersejarah, permainan tradisional
6. Kepentingan mempelajari bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan sebagainya - persaingan di pasaran pekerjaan.
7. Sistem pengangkutan - kelemahan pengangkutan awam, kemalangan jalan raya, kepentingan pengangkutan moden, keperluan lebuh raya.
8. Amalan membaca – kepentingan dan cara-cara menggalakkan
9. Kesan alat komunikasi - telefon bimbit, internet
10. Pemanasan global- kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah tersebut.
11. Kepentingan amalan menabung / pelaburan untuk masa depan
12. Program Penghayatan Sastera - Faedah
13. Aktiviti kokurikulum di sekolah - kepentingan dan langkah
14. Isu warga tua / OKU
15. Program Motivasi / Kaunseling di sekolah – kepentingan / faedah
16. Menulis Cerpen berdasarkan peribahasa
BAHASA MELAYU KERTAS 2 :
TEKS KOMSAS ( ANTOLOGI ANAK LAUT DAN KERUSI)
Cerpen (2b)
1. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
2. Annyys Sophillea (Anak Laut)
Drama (2b)
1. Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi)
2. Serunai Malam ( Anak Laut)
Prosa Klasik (2c)
1. Cerita Bayan… (Anak Laut)
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut)
3. Sabor (Kerusi)
Sajak (2d)
1. Jalan- Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
2. Derita Pertama (Anak Laut)
3. Duhai Pentafsir (Kerusi)
4. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
Puisi Tradisional (2d)
1. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
2. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
3. Pantun Enam Kerat (Kerusi)
KAJIAN NOVEL:
1. Teknik plot
2. Perbandingan peranan watak sampingan
3. Faedah mengkaji novel
4. Kaitan antara tajuk novel dengan isi cerita
5. Perbandingan latar masa
6. Perbandingan tema novel
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Monday, November 22, 2010
SPM 2010 - SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA CALON SPM
Tanggal 23 November 2010 (Selasa) pasti menjelang - Esok, semua calon SPM akan menghadapi peperiksaan SPM sebenar bukan lagi percubaan mahupun latihan. Tiada apa lagi yang mampu dibekalkan untuk semua calon...di saat-saat akhir ini, gunakan ruang dan peluang yang ada untuk terus mengulangkaji dan membaca secara santai.
Usah takut, usah gentar dan usah bimbang. Setelah 2 tahun anda bertungkus lumus memberikan tumpuan...gunakan semua ilmu yang ada untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lengkap dan sempurna. Cuba buat yang terbaik. Pastikan anda menjawab semua soalan dengan ayat yang lengkap. Kalau anda tidak tahu jawapannya, cuba tulis apa yang anda fikirkan logik dan sesuai. Mudah-mudahan jawapan anda itu mampu memberikan beberapa markah untuk memastikan kecemerlangan anda.
Luangkan sedikit waktu untuk solat hajat dan solat taubat pada malam ini. Mohonlah pertolongan daripada Allah supaya hati anda tenang, pintu hati anda dibuka dengan seluasnya, fikiran anda diberikan kelapangan dan kesenangan untuk memahami kehendak soalan dan menjawabnya dengan lancar. Banyakkan istighfar dan syahadah supaya tiada dosa-dosa yang boleh menghalang anda untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Jangan lupa, temui ibu dan bapa anda pada malam ini ataupun pagi esok. Mohonlah keampunan atas kesilapan dan kesalahan yang anda pernah lakukan. Mohonlah restu daripada ibu bapa agar anda diberikan ketenangan. Jika ayah dan ibu berjauhan, telefonlah mereka untuk memohon maaf dan mohon mereka mendoakan kejayaan anda. Kalau boleh, mintalah ibu bapa anda untuk membaca surah yassin sepanjang masa anda menjawab soalan Bahasa Melayu pada pagi esok.
Saya mendoakan semua pelajar SPM akan berjaya dengan cemerlang terutama pelajar SMK Sijangkang Jaya... Salam hormat daripada saya.
Saturday, November 20, 2010
LAGI CONTOH TAJUK KARANGAN UNTUK DIJADIKAN BAHAN ULANGKAJI
TERUSKAN PERJUANGAN KITA. KEJAYAAN PERLUKAN PENGORBANAN.
(Cikgu paparkan beberapa contoh karangan sebagai panduan)
Permainan Tradisional :
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini.
Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.
Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan.
Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.
Topik-topik Fokus BM SPM
1. Peranan masyarakat dalam melahirkan remaja cemerlang.
2. Penularan wabak penyakit berbahaya atau masalah keracunan makanan di sekolah.
Langkah-langkah untuk menangani keracunan makanan di kantin sekolah.
3. Peranan golongan wanita dalam pembangunan negara.
4. Usaha-usaha/Cara-cara untuk membantu mangsa bencana alam di seluruh dunia.
5. Kepentingan masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Modal Insan Cemerlang
Langkah-langkah melahirkan modal insan cemerlang.
Pendahuluan
- modal insan ialah tenaga manusia yang bakal memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan.
- negara maju memerlukan modal insan yang cemerlang dan ampuh.
- pelbagai langkah untuk melahirkan modal insan cemerlang.
Isi 1
- melengkapkan golongan remaja dengan ilmu pengetahuan terkini.
- dalam bidang ICT dan bidang-bidang yang baharu.
- untuk memenuhi keperluan kerjaya masa depan.
Isi 2
- membentuk sahsiah yang positif dalam kalangan remaja.
- melahirkan generasi yang berbudi bahasa.
- hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk.
Isi 3
- melangkapkan diri dengan komunikasi yang baik.
- komunikasi asas pembinaan kewibawaan.
- komunikasi membolehkan remaja bersaing di peringkat global.
Isi 4
- membentuk remaja dengan semangat cinta akan negara.
- remaja yang cemerlang memiliki patriotisme yang tinggi.
- semangat setia menjadi asas kedaulatan negara.
Isi 5
- remaja diterapkan semangat 1 Malaysia.
- mementingkan kecemerlangan dalam semua bidang.
- mengutamakan perpaduan.
Kesimpulan
Remaja ialah pemimpin masa depan.
Perlu dididik agar memenuhi keperluan Wawasan 2020.
Punca-punca gejala ponteng sekolah
Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku.
Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.
Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan.
(500 perkataan)
Karangan 1 Malaysia : isi-isi karangan
Bincangkan peranan remaja dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia.
Pendahuluan
Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh pemimpin negara.
Slogan - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Rakyat Malaysia perlu menghayati falsafah gagasan ini, terutama golongan remaja.
Isi 1
- Remaja melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
- Menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman.
- Tujuannya untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang.
- Peribahasa : jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Isi 2
- Remaja mengamalkan semangat perpaduan.
- Hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Memahami budaya, agama yang pelbagai.
- Bergerak seiring untuk mencapai negara maju.
- Peribahasa : Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Isi 3
- Remaja memantapkan sahsiah diri.
- Mengamalkan budaya sopan santun.
- melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral.
- Remaja Malaysia menjadi ikon imej baik di peringkat global.
- Peribahasa : kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Isi 4
- Menghayati dan mengamalkan rukun negara.
- menjadi warganegara yang berintegriti.
- pembentukan modal insan yang cemerlang.
- memacu negara ke arah wawasan 2020.
- Peribahasa : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kesimpulan
Remaja ialah aset negara. Semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa depan.
Gambar di atas ialah buku baharu saya yang diterbitkan oleh Cerdik Publications. Saya menulis bahagian tatabahasa, rumusan, dan karangan untuk buku ini. Buku ditulis untuk murid-murid tingkatan empat.
Karangan: Budaya Pelbagai Kaum
[Karangan sumbangan : Hasmah Yusuf, Semester 3, PBMP, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM]
Negara kita kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum. Namun demikian generasi muda semakin melupakan kebudayaan yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum di negara kita.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebagainya.
Selain dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.
Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah.
Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.
(Cikgu paparkan beberapa contoh karangan sebagai panduan)
Permainan Tradisional :
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini.
Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.
Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan.
Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.
Topik-topik Fokus BM SPM
1. Peranan masyarakat dalam melahirkan remaja cemerlang.
2. Penularan wabak penyakit berbahaya atau masalah keracunan makanan di sekolah.
Langkah-langkah untuk menangani keracunan makanan di kantin sekolah.
3. Peranan golongan wanita dalam pembangunan negara.
4. Usaha-usaha/Cara-cara untuk membantu mangsa bencana alam di seluruh dunia.
5. Kepentingan masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Modal Insan Cemerlang
Langkah-langkah melahirkan modal insan cemerlang.
Pendahuluan
- modal insan ialah tenaga manusia yang bakal memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan.
- negara maju memerlukan modal insan yang cemerlang dan ampuh.
- pelbagai langkah untuk melahirkan modal insan cemerlang.
Isi 1
- melengkapkan golongan remaja dengan ilmu pengetahuan terkini.
- dalam bidang ICT dan bidang-bidang yang baharu.
- untuk memenuhi keperluan kerjaya masa depan.
Isi 2
- membentuk sahsiah yang positif dalam kalangan remaja.
- melahirkan generasi yang berbudi bahasa.
- hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk.
Isi 3
- melangkapkan diri dengan komunikasi yang baik.
- komunikasi asas pembinaan kewibawaan.
- komunikasi membolehkan remaja bersaing di peringkat global.
Isi 4
- membentuk remaja dengan semangat cinta akan negara.
- remaja yang cemerlang memiliki patriotisme yang tinggi.
- semangat setia menjadi asas kedaulatan negara.
Isi 5
- remaja diterapkan semangat 1 Malaysia.
- mementingkan kecemerlangan dalam semua bidang.
- mengutamakan perpaduan.
Kesimpulan
Remaja ialah pemimpin masa depan.
Perlu dididik agar memenuhi keperluan Wawasan 2020.
Punca-punca gejala ponteng sekolah
Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku.
Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.
Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan.
(500 perkataan)
Karangan 1 Malaysia : isi-isi karangan
Bincangkan peranan remaja dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia.
Pendahuluan
Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh pemimpin negara.
Slogan - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Rakyat Malaysia perlu menghayati falsafah gagasan ini, terutama golongan remaja.
Isi 1
- Remaja melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
- Menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman.
- Tujuannya untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang.
- Peribahasa : jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Isi 2
- Remaja mengamalkan semangat perpaduan.
- Hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Memahami budaya, agama yang pelbagai.
- Bergerak seiring untuk mencapai negara maju.
- Peribahasa : Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Isi 3
- Remaja memantapkan sahsiah diri.
- Mengamalkan budaya sopan santun.
- melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral.
- Remaja Malaysia menjadi ikon imej baik di peringkat global.
- Peribahasa : kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Isi 4
- Menghayati dan mengamalkan rukun negara.
- menjadi warganegara yang berintegriti.
- pembentukan modal insan yang cemerlang.
- memacu negara ke arah wawasan 2020.
- Peribahasa : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kesimpulan
Remaja ialah aset negara. Semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa depan.
Gambar di atas ialah buku baharu saya yang diterbitkan oleh Cerdik Publications. Saya menulis bahagian tatabahasa, rumusan, dan karangan untuk buku ini. Buku ditulis untuk murid-murid tingkatan empat.
Karangan: Budaya Pelbagai Kaum
[Karangan sumbangan : Hasmah Yusuf, Semester 3, PBMP, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM]
Negara kita kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum. Namun demikian generasi muda semakin melupakan kebudayaan yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum di negara kita.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebagainya.
Selain dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.
Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah.
Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 DAN 5
CUBA BINA AYAT DARIPADA PERIBAHASA BERIKUT:
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 :
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
Pemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
MAKSUD PERIBAHASA DAN CONTOH AYAT :
1. Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
2. Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
10. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
Panduan - Rangka Karangan.
Bimbingan Untuk Jaya.
Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Semakin hari, masalah ini semakin berleluasa.
Nyatakan punca-punca timbulnya masalah sosial dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya.
Pendahuluan:
Masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini makin berleluasa. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang masalah social remaja dipaparkan di muka akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara masalah sosial remaja masa kini ialah merempit, ragut, curi motosikal, menagih dadah dan pergaulan bebas.
Punca-Punca:
1. Pengaruh rakan sebaya – tersalah pilih kawan – terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri – tidak ada benteng ketahanan diri – berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
2. Pengaruh media massa – sama ada media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur sex - filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah – remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk melakukannya.
3. Masalah dalam keluarga – pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas – remaja tertekan dan emosi terganggu – ambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya – sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
4. Perasaan ingin mencuba – jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru – apabila melihat rakan dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan sex dan sebagainya.
5. Kurang didikan agama – remaja hari ini kurang menghayati didikan agama – mereka tidak takut kepada dosa – mereka tidak takut kepada balasan hari akhirat – mereka lebih pentingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama – masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi ada usaha menegur.
Cara Mengatasi :
1. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh – anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.
4. Menggubal dan meminda undang-undang – tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri – tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.
5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.
Penutup :
Remaja adalah pewaris bangsa. Pemuda adalah harapan bangsa dan pemudi ialah tiang regara. Semua pihak harus memainkan peranan untuk mengurangkan masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Kebahagiaan hidup bukan terletak pada harta kekayaan tetapi terletak pada kesihatan yang baik.
Nyatakan langkah-langkah untuk memastikan kesihatan kita baik dan kesannya jika kesihatan kita terganggu.
Pendahuluan :
Manusia lebih mementingkan material berbanding dengan kesihatan – Kita berangggapan bahawa wang ringgit dapat membeli segala-galanya dan nereka lupa tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Isi-Isi Karangan : (Langkah-langkah untuk memastikan kesihatan kita baik)
1. Pengambilan diet yang seimbang – ambil makanan mengikut keperluan dan tenaga yang akan digunakan – Makanan yang dimakan perlulah mengikut pyramid makanan – mempunyai pelbagai khasiat dan zat seperti protein, kanji. Karbohidrat, vitamin dans ebagainya - kita tidak perlu mengambil makanan berkolestrol tinggi kerana ianya akan ditukarkan menjadi lemak yang menjadi punca obesiti.
2. Bersenam – membolehkan badan kita sentiasa bergerak – sistem perpeluhan membuang sisa toksid dari badan - jogging, senam robik, berbasikal dan sebagainya.
3. Mengamalkan cara hidup sihat – tidak merokok, tidak meminum minuman beralkohol, menjauhi dadah – bahan yang terkandung adalah bahan kimia yang boleh merosak sistem organ manusia – kesan mendapat penyakit barah otak, jantung dan kanser.
4. Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan – dapat mengetahui penyakit lebih awal dan mudah untuk merawatnya – jika penyakit berada pada peringkat awal, rawatan segera dapat dilakukan dan mengelakkan daripada penyakit itu merebak dan sukar diubatai – contohnya penyakit barah, demam denggi, H1N1 dan sebagainya – rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa.
Kesan jika kesihatan terganggu :
1. Emosi dan mental kita terganggu – mereka yang menghidapi penyakit akan mengalami tekanan perasaan, cepat marah dan murung – tekanan lebih kuat jika penyakit telah berada pada tahap kronik-hidup menjadi tidak menentu.
2. Tumpuan terhadap kerja/pelajaran akan menurun – jika kita sakit - kerja tidak dapat dilakukan dengan sempurna – badan lesu dan tidak bermaya – produktiviti akan menurun – bagi pelajar, pelajaran mungkin terganggu.
3. Kos sara hidup meningkat – terpaksa mendapat rawatan di hospital kerajaan atau swasta – memerlukan perbelanjaan untuk mendpat rawatan lebih-lebih lagi di hospital swasta.
4. Masa banyak terbuang – terpaksa menggunakan masa untuk mendapatkan rawatan – menganggu aktiviti harian – menunggu untuk mendapatkan rawatan – terpaksa berehat di rumah jika mendapat cuti sakit .
Penutup :
Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapatkan kebahagiaan – kesihatan lebih penting daripada wang ringgit – pepatah ada menyatakan “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Kemahiran Teknologi Maklumat sangat penting dalam kehidupan hari ini.
Huraikan faedah-faedah ICT dan juga keburukan ICT kepada masyarakat.
Pendahuluan:
ICT sangat cepat berkembang dalam kehidupan manusia hari ini – mereka yang tidak menguasai ICT dianggap ketinggalan – Contoh kemudahan ICT ialah internet, telefon dan Astro – membawa banyak faedah dan keburukan kepada masyarakat.
Isi-Isi ( Faedah ICT)
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci – pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah – maklumat dapat diakses secara mudah – maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya.
2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia – laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace – manusia dapat berkenalan – dapat mengenali rakan-rakan luar – menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.
3. Memudahkan urusan harian manusia – pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai – boleh dibuat secara dalam talian – tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.
4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas – berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia– tidak perlu menunggu – perkembanga dunia yang terkini dapat diperolehi.
Keburukan ICT.
1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah – sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat – maklumat sahih sukar ditentukan
2. Pelajar leka dengan penggunaan internet – mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain – seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya – membuang masa dengan bermain game
3. Terdedah kepada perkara tidak baik – cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah – merosakkan akhlak dan jiwa remaja – boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian – remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit – ada yang mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut.
Penutup :
Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan - namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan kesan negatif – masyarakat perlu saling mengingatkan agar ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.
Ilmu sangat penting dalam hidup kita. Ilmu boleh menjamin masa depan kita.
Nyatakan kepentingan ilmu dalam hidup manusia dan apakah kesan buruk jika kita tidak berilmu.
Pendahuluan:
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” – pepatah itu membuktikan kepentingan ilmu dalam diri manusia – ilmu perlu dipelajari dan dituntut – ilmu yang diperolehi perlu dimanfaatkan untuk kepentingan diri, masyarakat, agama dan negara – ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang yang tidak berbuah.
Isi-isi (Kepentingan Ilmu).
1. Ilmu memberi peluang kerjaya – dapat kerja yang lebih baik untuk menyara kehidupan – memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi dan tetap - kehidupan lebih selesa dan terjamin.
2. Dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat – orang yang berilmu menjadi rujukan dalam bidang kepakaran masing-masing – doktor, peguam, hakim, arkitek dan guru -masyarakat akan menyanjung tinggi dan menghormati – dapat membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal.
3. Taraf hidup dapat ditingkatkan – memperbaiki kehidupan sendiri atau keluarga – impian akan menjadi kenyataan seperti untuk memilik rumah, kereta dan kemewahan hidup – dapat memperolehi kesenangan dalam hidup.
4. Mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas – mampu berfikir dan membezakan antara perkara baik atau buruk, betul atau salah – menjadikan kita lebih berwawasan untuk menjamin masa depan.
Impak negatif Jika Tidak Berilmu.
1. Kehidupan terumbang ambing dan tidak menentu – peluang untuk mendapat pekerjaan bagi menyara kehidupan menjadi tipis –
2. Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat – taraf kehidupan rendah, berlakunya masalah kemiskinan, kehidupan tidak menentu.
3. Daya saing tenaga kerja menjadi rendah – peluang untuk menjawat jawatan yang lebih baik tidak mampu menjadi kenyataan- hanya bekerja diperingkat bawahan.
4. Dipandang rendah oleh masyarakat – masyarakat tidak dapat menaruh harapan yang tinggi untuk membantu mereka – menganggap kehadiran mereka tidak penting.
Penutup :
Pepatah ada menyatakan “ yang bulat tidak dating bergolek, yang pipih tidak dating melayang” – membuktikan bahawa ilmu perlu ditimba dan dicedok – ilmu tidak dating sendiri. Orang yang tidak berilmu akan ketinggalan dalam zaman globalisasi ini.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen anti merokok, namun kesannya sangat mendukacitakan.
Nyatakan kesan buruk tabiat merokok kepada kesihatan dan apakah punca-punca pelajar merokok.
Pendahuluan:
Gejala merokok semakin membimbangkan – selain orang dewasa ianya turut melibatkan kanak-kanak dan peningkatan perokok tegar dalam kalangan wanita – merokok memberi kesan negative kepada individu dan masyarakat sekeliling.
Isi-isi (kesan buruk tabiat merokok)
1. Menjejaskan kesihatan - mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas dan sebagainya.
2. Menjejaskan ekonomi keluarga– memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga – sepatutnya wang disalurkan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan hari tua.
3. Mencemarkan alam sekitar – asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udara sekeliling – meninggalkan kesan negative kepada individu yang menghidu bau rokok.
4. Menjejaskan keterampilan diri – kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning, nafas berbau – penampilan diri akan terjejas – pandangan negatif daripada masyarakat yang menghargai kesihatan diri.
5. Meningkatkan kadar kematian – rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang mengancam kesihatan – kajian membuktikan ramai manusia mendapat pelbagai penyakit yang membawa kematian akibat merokok.
6. Meningkatkan perbelanjaan negara – kerajaan terpaksa menggunakan perbelanjaan yang banyak untuk mengubati penyakit orang yang ketagihan merokok – sepatutnya perbelanjaan itu digunakan untuk pembangunan negara.
Penutup :
Masyarakat harus menyedari bahaya merokok kerana mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada penghisapnya – pihak yang bertanggungjawab harus meningkatkan usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan masyarakat.
CETAK ROMPAK
Oleh SAHARUDDIN BIN ABDULLAH, GC BAHASA SMK SIJANGKANG JAYA.
SOALAN Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Rencana
KATA KUNCI
1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah.
2. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Definisi
Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.
ISI HURAIAN CONTOH
Sebab:
1. Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara. • penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara terang-terangan
• karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli
• sikap atau mentaliti masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagam-pawagam.VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 – RM20.00 sekeping
2. Kurangnya pemantauan pihak berkuasa •
pemantauan yang berkala dan di tempat yang sama memudahkan pihak syarikat cetak rompak membaca pergerakan pihak berkuasa dan seterusnya menyusun strategi untuk mengaut keuntungan
• mereka juga mempunyai sistem rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat melarikan diri dengan cepat apabila berlaku serbuan pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak
Kesan:
1. Pelanggaran Hak Cipta
• hak cipta adalah sesuatu yang peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar.
2. Membantut perkembangan seni tanah air
• pihak penulis, pencipta atau artis hilang minat untuk berkarya kerana mereka takut mengalami kerugian
• penerbit lebih suka menerbitkan album komplikasi untuk menjimatkan kos dan mengurangkan margin kerugian. menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman.
3. Karyawan mengalami kerugian
• kerugian daripada segi masa, daya usaha dan wang ringgit. Penerbitan sesuatu filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman bank Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.
Langkah :
1. Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD
• kajian yang mendalam tentang harga minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar semua pihak mendapat kesan positifnya. perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri
2. Anjakan paradigma masyarakat
• mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras
• di peringkat sekolah persatuan pengguna boleh memainkan peranan untuk membentuk minda generasi muda tentang isu ini melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak
Penutup :
PENANDA WACANA
PENYATAAN
SEBAB
HARAPAN
Kesimpulannya Semua pihak perlu terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan
tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif
Peribahasa • Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat lelah orang lain)
• Titik peluh (penat lelah)
• Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan bertambah kaya)
Monday, November 15, 2010
SELAMAT BERGRADUASI PELAJAR SMK SIJANGKANG JAYA
Indah bunyi bahasanya, enak lidah menyebutnya, selesa telinga mendengarnya - MAJLIS GRADUASI - Satu program khas yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar kerana berjaya menamatkan alam persekolahan setelah bertungkus lumus menghabiskan ruang-ruang kehidupan mengabdikan diri sebagai pelajar.
Persoalan yang timbul..berapa ramai pelajar yang menghargai majlis ini? Apa persepsi mereka terhadap majlis ini? Adakah mereka berbangga dengan majlis ini? Siapakah yang sudi menjawab persoalan ini ? Guru-guru, Ibu bapa atau pelajar itu sendiri ? Tepuk dada tanya hati dan tanya rasa? Raptai hari ini membuktikan ketidakpekaan dan sikap endah dan tidak endah pelajar-pelajar tingkatan 5.
Ketahuilah olehmu anak didikku...peluang bergraduasi ini merupakan titik bahagia dan suasana indah yang tidak pernah diberi oleh orang lain. Sekalipun anda mungkin pernah bergraduasi ketika di TADIKA, TABIKA atau PASTI...tetapi saat dan detik itu, anda belum matang dan belum tahu erti ilmu yang sebenar. Andai, anda kecundang dan kecewa dalam peperiksaan SPM dan tidak berminat untuk menyambung pelajaran..inilah peluang pertama dan terakhir anda untuk merasai "kenikmatan" dan "keseronokkan" memakai jubah akademik. Berbangganya hati seorang ibu dan hati seorang ayah apabila merasai detik dan saat anaknya mampu memakai jubah akademik dan sudah pasti memori hari ini mampu anda ceritakan pada anak, cucu dan sesiapa sahaja suatu hari nanti bahawa anda pernah bergraduasi walaupun bukan di universiti.
Kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran, saat ini merupakan detik permulaan untuk anda menyambung perjalanan hidup anda sebagai pelajar yang berilmu...ke mana arah tuju anda selepas ini?...ke kolej?, ke institut?, ke universiti? atau ke mana-mana sahaja pusat pengajian. Yang pasti anda akan bergraduasi dalam suasana lebih meriah, lebih indah dan lebih bahagia. Cuma, mungkinkah saat dan detik itu nanti mampu anda rakamkan dihadapan ibu dan ayah anda? atau mungkinkah anda akan keseorangan ketika itu? atau mungkinkah ibu bapa kita sedang terlantar kerana uzur ketika itu ? Hibanya rasa hati dan pilunya diri kita, jika ditika dan saat itu, insan yang kita kasihi dan sayangi tidak melihat segulung ijazah yang kita genggam - bukan kerana tidak sudi tapi kerana tidak mampu untuk berdiri...mungkinkah disaat itu akan mengalir air mata suka dan duka kita? Ya Allah, aku mohon kepadamu..berilah kesempatan waktu, berilah ruang dan peluang untuk aku mengabdikan diri bersama ibu bapaku dalam majlis konvokesyen aku nanti...Aku ingin merasai kehangatan juraian air mata gembira ibu dan bapaku...
Coretan ini sebagai pembakar semangat untuk pelajarku menjulang kejayaan..
Selamat Bergraduasi, dan selamat Menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum.
Sunday, November 14, 2010
FOKUS SPM 2010 (NOVEL)
Novel Konserto Terakhir dan Novel Bukit Kepong
(Teruskan Usaha Untuk Cemerlang)
TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL
1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan (Pilih watak sampingan utama - yang rapat dengan watak utama)
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
6. Pengajaran (Sebagai jalan selamat, beri lebih daripada jumlah yang diminta)
7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial
8. Peristiwa Menarik / Teladan
9. Latar Tempat (Perbandingan)
10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)
11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan
Pilihan 1
Soalan 4(a):
Dalam sesebuah novel, watak utama memainkan peranan yang penting. Pada pendapat anda, apakah peranan yang dimainkan oleh watak utama dalam sesebuah novel.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir .Banyak peranan yang dimainkan oleh watak utama. Watak utama berperanan sebagai wakil pengarang untuk menyampaikan tema dan persoalan. Contohnya, watak Hilmi dalam novel Konserto Terahhir, mempunyai sifat-sifat peribadi yang tabah dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Sifat inilah yang menjadi persoalan pokok novel tersebut. Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita. Hampir semua peristiwa melibatkan watak utama kerana watak utama menjadi fokus utama cerita. Contohnya, watak Hilmi memainkan peranan dari permulaan cerita hinggalah peringkat peleraian.
Watak utama juga berperanan untuk mengembangkan plot kerana perkembangan plot seiring dengan perkembangan perwatakan watak utama. Contohnya, watak Hilmi terlibat dengan peristiwa penting dari peringkat permulaan, perkembangan, perumitan, puncak, dan peleraian. Selain itu, watak utama berperanan menyampaikan mesej dan nilai peribadi yang diterangkan oleh pengarang. Contohnya, watak Hilmi digambarkan sebagai bersifat sabar, tabah menghadapi cabaran, jujur, dan bijaksana. Sifat-sifat inilah yang wajar dimiliki untuk menjadikan seseorang itu berjaya. Kejayaan Hilmi sebenarnya merupakan kejayaan impian pengarang.
Soalan 4(b)
Huraikan biodata pengarang novel bagi salah satu novel yang anda kaji.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel konserto terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. awalnya adalah di Sek.Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah 5.Kemudian,beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael (1932-33).Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.Dari segi pekerjaan, beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939,Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan,pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang beliau banyak menulis cerpen,novel,biografi, autobiografi,esei, kritikan, drama, dan sebagainya.Hasil-hasil karyanya yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan),Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi. Sepanjang pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih seperti memenangi Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh di Medan (1950), Peraduan Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, SEA Write Award,dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8
FOKUS SPM 2010 (KEMAHIRAN BERBAHASA)
Selagi kita berusaha, Insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita.
Fokus Kemahiran Berbahasa.
Soalan 3 (a)
1. Cakap Ajuk – Cakap Pindah (Atau sebaliknya)
2. Ayat Majmuk – Ayat Tunggal (Atau sebaliknya)
3. Ayat Aktif – Ayat Pasif (Atau sebaliknya)
4. Ayat Susunan Biasa – Ayat Susunan Songsang (Atau sebaliknya)
5. Jenis-jenis Ayat
6. Jenis-jenis Kata Kerja
7. Menyambung atau memisahkan ayat
8. Jenis Ayat Majmuk
PERIBAHASA POPULAR
(Catatan: Untuk latihan, cari maksud dan cuba bina ayat)
1. alang-alang berdakwat biar basah
2. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
3. bagai aur dengan tebing
4. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
5. bagai gunting makan di hujung
6. bagai kaca terhempas ke batu
7. bagai menatang minyak yang penuh
8. bagai pahat dengan penukul
9. bagaikan tikus membaiki labu
10. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
11. biduk lalu kiambang bertaut
12. buah tangan
13. buang yang keruh ambil yang jernih
14. bumi mana tak ditimpa hujan
15. cacing kepanasan
16. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
17. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
18. ditelan mati emak, diluah mati bapak
19. genggam bara api biar sampai jadi arang
20. buta huruf
21. hangat-hangat tahi ayam
22. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
23. ikut rasa binasa, ikut hati mati
24. indah khabar daripada rupa
25. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
26. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
27. melentur buluh biarlah dari rebungnya
28. muafakat membawa berkat
29. pelanduk dua serupa
30. Quran buruk
31. sambil menyelam minum air
32. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
33. sehelai sepinggang
34. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
35. seperti rusa masuk kampung
36. sudah jatuh ditimpa tangga
37. sudah terhantuk baru tengadah
38. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
39. tulang belakang
40. umpama duduk di atas daun / seperti duduk dalam duri
41. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
42. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Fokus Peribahasa SPM 2010:
Peribahasa yang sama maksud
Soalan:
Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang di bawah ini:
(1) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
(2) Bagai aur dengan tebing
(3) Hujan emas di negeri orang huujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Jawaban:
(Jawaban yang dikemukakan di bawah ini diambil daripada Kamus Peribahasa Melayu, DBP)
(1) Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.
Takrif
Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).
Catatan: Peribahasa ini tidak sama maksudnya dengan peribahasa 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' kerana maksud peribahasa ini ialah menyesuaikan diri dengan masyarakat atau budaya di sesuatu tempat.
(2) Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
Takrif
Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Bagai aur dengan tebing)
(3) Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.
Takrif
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).
Fokus Peribahasa SPM 2010:
Peribahasa yang sama maksud (Bahagian 2)
Soalan:
Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang di bawah ini:
(1) Telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya
(2) Seperti pinang dibelah dua
(3) Bagai ayam disambar helang
Jawaban:
(1)Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.
Takrif
Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
(2)Seperti cincin dengan permata.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
(3)Bagai belut digetir (= diketil) ekor.
Takrif
Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Paparan diambil daripada beberapa sumber Guru Bahasa Melayu
FOKUS SPM 2010 (Pemahaman KOMSAS)
Berikut saya sertakan beberapa maklumat terbaru untuk panduan semua calon. Beberapa tajuk telah saya paparkan dalam tulisan saya sebelum ini
TEKS BELUM DIGUNAKAN
Senarai teks yang masih belum digunakan dalam mana-mana peperiksaan SPM bermula tahun 2001 hingga Jun 2010 adalah seperti di bawah :
Prosa Moden (Cerpen/ Drama)
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
Prosa Klasik
1. Sabor
Sajak/ Puisi
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Jalan jalan raya kotaku
4. Seloka Pak Kadu
5. Pantun Enam Kerat
6. Syair Kelebihan Ilmu
Pilihan LPM :
1. Semua soalan komsas 2(b), 2(c) dan 2(d) menggunakan sepenuhnya teks yang belum pernah digunakan. Satu strategi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini kecuali pada kali pertama diperkenalkan dalam peperiksaan SPM N.2001.
2. Menggunakan semula semua teks yang pernah digunakan dalam peperiksaan SPM dan mengabaikan langsung teks yang belum pernah digunakan. Strategi ini tidak pernah digunakan. Jika strategi ini digunakan, rakan guru yang berpengalaman (bukannya menggunakan sotong Paul), dapat membuat telahan teks yang akan digunakan berdasarkan analisis soalan sebelumnya.
3. Menggabungkan strategi 2+1 iaitu sama ada 2 teks baru+ 1 teks lama atau 2 teks lama+ 1 teks baru. Strategi ini biasa digunakan iaitu ( 2 teks baru dan 1 teks lama ). Biasanya teks prosa klasik akan menggunakan semula bahan yang pernah digunakan.
NASIHAT PROFESIONAL :
1. Jangan pedulikan mana-mana sekalipun teks yang akan digunakan kerana peluang menjawab soalan adalah sangat besar kerana soalan berdasarkan satu petikan teks.
a. Soalan rangkai kata adalah berdasarkan teks.
b. Soalan konteks memerlukan calon mengemukakan isi yang terdapat dalam petikan.
c. Soalan KBKK memerlukan pengetahuan sedia ada pelajar.
d. Sebahagian soalan KOMSAS berdasarkan petikan. Misal:
*** nilai dalam petikan
*** persoalan dalam petikan
*** perwatakan dalam petikan
*** pengajaran dalam petikan
*** latar tempat/ masyarakat dalam petikan.
Sebahagian lagi soalan berdasarkan teks keseluruhan.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Junainah?
Fuad tidak dapat menafikan hubungan mesranya dengan Junainah. Sudah dua tahun dia mengenali gadis itu. Dan selama tempoh itu juga Fuad faham benar titik perasaannya terhadap Junainah. Dalam keadaan begitu pun, Fuad juga yakin, bukan dia saja yang bermain dengan mimpi. Junainah sendiri, gadis berusia 21 tahun, berambut panjang sampai ke pinggul, memiliki sepasang mata jeli, bermuka bulat, bertubuh tinggi lampai dan berkulit cerah itu, juga hampir tak sanggup lagi berlekang dengan Fuad.
“Tapi aku hanya pekerja ayah kau Jun,” kata Fuad suatu hari, ketika mereka duduk-duduk di halaman rumah Junainah sambil menyedut udara harum dari percikan bau bunga di taman.
“Kadang-kadang aku rasa terlalu ideal mimpi aku Jun,” tambah Fuad lagi. “Kau tahu Jun, kerja aku bukannya tetap. Nama saja penyelia, tapi apa sangatlah dipandang orang? Malah diberi kerja ini pun, kadang-kadang aku rasa semata-mata kerana ada belas ihsan daripada ayah kau.”
Junainah menggeleng cepat.
(i) Apakah bukti yang menunjukkan perhubungan Fuad dan Junainah sangat intim?
[3 markah]
Bukti yang menunjukkan perhubungan Junainah dan Fuad sangat intim ialah Fuad sendiri yang mengakui hakikat tersebut, memandangkan mereka telah berkawan selama dua tahun. Junainah sendiri sudah tidak boleh lagi berenggang dengan Fuad.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Junainah menggelengkan kepalanya setelah mendengar kata-kata Fuad?
[3 markah]
Pada pendapat saya, Junainah menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan Fuad bahawa dia hanya berangan-angan memiliki Junainah. Fuad juga menyatakan bahawa dia tidak memiliki pekerjaan tetap. Junainah juga tidak bersetuju dengan anggapan bahawa pekerjaan Fuad sebagai penyelia tidak dipandang tinggi. Seterusnya, Junainah juga ingin menafikan pekerjaan Fuaz sekarang juga diperoleh dengan belas ihsan ayah Junainah.
(iii) Huraikan dua unsur gaya bahasa seperti yang terdapat dalam petikan dan dua gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen.
[3 markah]
Dua unsur gaya bahasa dalam petikan di atas ialah sinkope dan metafora. Contoh sinkope ialah perkataan ‘kau’ iaitu kependekan kepada ‘engkau’, dan contoh metafora pula ialah ‘titik perasaan’. Dua gaya bahasa dalam cerpen ialah personifikasi dan simile. Contoh personifikasi ialah ‘malam semakin merangkak’ dan contoh simile pula ialah ‘Fuad berasa dirinya telah begitu dihina, seolah-olah dianggap macam sampah, macam daun kering
LAMBAIAN MALAR HIJAU :
SINOPSIS
Datuk Daneng mengimbau kenangan 25 tahun yang lalu apabila Cikgu Jo, seorang guru yang cukup dedikasi berjaya memujuknya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika itu Daneng hanya anak seorang asli yang tidak berwawasan selain mahu terus tinggal dan mati di kampung halamannya sendiri. Walaupun berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan ditawarkan belajar di sebuah sekolah di bandar yang menawarkan banyak kemudahan, namun Daneng bertindak nekad meninggalkan sekolah dan balik ke Lembah Tualang, desa halamannya. Daneng berpendapat bahawa hutan memberi erti kehidupan sebenar kepada dirinya, keluarga dan masyarakatnya. Cikgu Jo yang menyedari potensi akademik Daneng sanggup bersusah payah datang ke tempat Daneng hanya untuk memujuknya kembali bersekolah di bandar. Bagi Cikgu Jo, dengan pelajaran yang tinggi, Daneng dapat membela bukan sahaja nasib dirinya, keluarganya bahkan seluruh masyarakatnya yang ternyata perlukan pembelaan. Hal ini berbeza dengan Daneng yang memiliki wawasan yang satu iaitu hidup yang bahagia dengan cara bertemankan seluruh isi hutan. Usaha yang tidak mengenal erti penat akhirnya membuahkan hasil apabila Daneng berjaya dipujuk untuk kembali menyambung pelajaran yang telah ditinggalkan selama enam bulan. Cikgu Jo, bagaimanapun memperoleh satu pengalaman berharga kerana apabila hidup berdamping dengan Daneng, banyak perkara berkaitan kemiskinan dan kemunduran masyarakat orang asli yang terserlah dan ini memberikan Cikgu Jo satu jawaban konkrit tentang sebab Daneng tidak mahu belajar di bandar. Cikgu Jo juga terharu akan layanan yang diterima daripada keluarga Daneng yang begitu baik walaupun ternyata mereka hidup dalam keadaan miskin. Pada pandangan Ckigu Jo, keluarga Daneng sebenarnya miskin pada pandangan orang sepertinya tetapi mereka sebenarnya mempunyai kekayaan alam yang tidak akan habis untuk diwarisi jika tahu menggunakannya dengan cermat. Berkat usaha yang gigih, Daneng berjaya dianugerahi Hadiah Nobel berkat usaha gigihnya terhadap pemuliharaan hutan di seluruh dunia. Anugerah tertinggi ini bagaimanapun tidak menghalang Daneng daripada menghormati Cikgu Jo akan jasanya memujuknya kembali belajar 25 tahun yang lalu.
Soalan KBKK:
Isi jawaban tidak boleh dipetik daripada petikan yang diberi.
1. Pada pendapat anda mengapakah hutan perlu dipelihara dan dipulihara?
- habitat flora dan fauna
- kawasan tadahan hujan
- sumber perubatan tradisional
- kepentingan ekonomi
- imbangan suhu bumi/ ekosistem
Jawaban contoh :
Pada pendapat saya hutan perlu dipelihara dan dipulihara kerana hutan merupakan habitat atau tempat tinggal untuk beribu-ribu spesies flora dan fauna. Hutan juga merupakah kawasan tadahan hujan yang membekalkan sumber air kepada rakyat. Tidak kurang penting, hutan membekalkan pelbagai jenis herba dan tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional.
2. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang terbaik untuk memulihara hutan ?
- Pendidikan alam sekitar
- Media massa elektronik dan bercetak
- Kempen yang berterusan
- Penanaman semula hutan secara mandatori
- Penguatkuasaan undang-undang perhutanan
Jawaban contoh:
Pada pendapat saya cara terbaik untuk memulihara hutan adalah melalui penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum di sekolah rendah, menengah dan di peringkat universiti. Media massa sama ada berbentuk elektronik atau cetak boleh memaparkan isu berkaitan kepentingan memulihara hutan. Kerajaan juga boleh menetapkan peraturan bahawa setiap pokok yang ditebang harus ditanam semula untuk memastikan hutan dapat dipulihara.
3. Pada pendapat anda mengapakah masyarakat orang asli kurang menitikberatkan aspek pendidikan dalam kehidupan seharian ?
- Pendidikan tidak menjamin masa depan orang asli
- kemiskinan masyarakat- tidak mampu membiayai kos pendidikan
- kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan
- Obligasi/ tanggungjawab untuk membantu keluarga
- Kurang mengamalkan pemakanan seimbang/ berzat - kesan terhadap IQ
4. Pada pendapat anda mengapakah Daneng tidak mahu meneruskan pelajarannya walaupun dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR?
- Dia lebih mencintai kehidupan di hutan/ kampung halaman
- Tiada kebebasan bergerak dan bertindak di bandar
- Dia anak harapan keluarga di kampung
- Dia tidak dikaunseling/ diberi penerangan jelas tentang kepentingan belajar
sehingga ke peringkat yang tinggi.
- Mata pencarian daripada hutan mampu menyara keluarganya.
5. Pada pendapat anda apakah cara terbaik menasihati pelajar yang tidak bermotivasi
untuk belajar ?
- Mengenal pasti latar belakang keluarganya- sosio ekonomi keluarga.
- Selalu berbual-bual dan berbincang hal-hal yang berfaedah dengan pelajar tersebut.
- Sediakan kelas tuisyen khas untuk membantu mereka
- Dampingkan mereka dengan seorang Pembimbing Rakan Sebaya yang berkebolehan
- Sediakan keperluan pembelajaran mereka- buku latihan yang sesuai
- Nasihati dan sentiasa mengingatkan kepentingan pelajaran pada masa hadapan.
6. Pada pendapat anda mengapakah Cikgu Jo bersungguh-sungguh untuk memujuk Daneng agar meneruskan pelajarannya di bandar?
- Memang tanggungjawab guru untuk mendidik anak muridnya.
- Sedar akan kepentingan untuk memajukan masyarakat orang asli
- Usaha memulihara hutan lebih berkesan dipikul oleh Daneng jika berpelajaran
- Ingin melihat Daneng membela hidup keluarganya agar tidak tercicir daripada arus pembangunan.
Prosa Tradisional Anak Laut:
1. Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
2. Pertarungan Tuah dengan Jebat
Prosa Tradisional Kerusi:
1. Sabor (Perlu bersedia walaupun ramai yang ramalkan tidak keluar kerana ada unsur negatif. Ikuti pandangan cikgu Azam di sini)
2. Kezaliman Membawa Padah
Puisi Anak Laut:
1. PT : Seloka Pak Kaduk (Pengajaran, Persoalan)
2. SAJAK : Jalan-jalan Raya Kotaku (Pengajaran)
Puisi Kerusi:
1. PT : Syair Kelebihan Ilmu (Bentuk, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai)
2. PT : Pantun Enam Kerat
3. SAJAK : Di Ruang Gemanya (Persoalan)
4. SAJAK : Duhai Pentafsir
Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DUHAI PENTAFSIR
Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
Di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari, rimba dan lautan?
Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum bertemu
surat yang kau tuliskan padaku.
Telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnya
ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
yang tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku.
Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
Apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi
Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku
ZURINAH HASSAN
Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa Dan Pustaka
(i) Apakah yang sedang dicari oleh penyajak? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa resah apabila usia semakin tua?
[4 markah]
(iii) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas
[3 markah]
CADANGAN JAWAPAN:
i) Perkara yang dicari penyajak:
- Suara yang sarat
- Tempat istirahat
- Tempat pertemuan matahari, rimba dan lautan
- Kedamaian perasaan dan ketenangan hati
[2 markah]
(ii)
- kematian semakin hampir
- Penyajak belum bersedia untuk mati
- Menyesali kesalahan yang telah dilakukannya
- Dia belum memperbaiki kelemahan dirinya
- Dia belum mendalami ajaran agama
[maksimum 4 markah]
(iii) Pengajaran
- Kita mestilah menginsafi kesalahan diri
- Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup
- Kita mestilah bersabar apabila berdepan dengan masalah dan kesulitan
- Kita mestilah beramal dan berbuat baik sepanjang hayat
- Kita mestilah menuntut ilmu agama sejak usia muda lagi/kecil
- Kita perlulah bertenang dan tidak mengikut perasaan hati
FOKUS SPM 2010 (KARANGAN) -
Bahan ini saya kumpulkan daripada beberapa blog Guru Bahasa Melayu untuk Semua Calon Bahasa Melayu. Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan idea untuk kejayaan anak bangsa.
Soalan Fokus 2010
Soalan 1: Remaja / Diri sendiri
1. Kepentingan disiplin kepada pelajar
2. Gejala Sosial / Lumba Haram / Remaja Lari dari Rumah (Langkah)
3. Makanan ringan / Makanan segera (Punca & Langkah)
Soalan 2 : Keluarga
1. Gaya Hidup Sihat (Peranan ibu bapa)
2. Disiplin (Peranan ibu bapa)
3. Hubungan Kasih Sayang (Peranan ibu bapa)
4. Rancangan Televisyen Realiti (Usaha ibu bapa dalam pengekangan)
5. Keluarga Bahagia (Punca kegagalan & Kepentingan)
6. Teknologi maklumat / Internet (Peranan ibu bapa)
Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Semangat Kejiranan (Langkah)
2. Riadah dan Rekreasi (Kebaikan)
3. Kehilangan / Keselamatan Kanak-kanak (Langkah mengatasi)
4. Jenayah Negara (Peranan masyarakat)
5. Polisi Sekolah Selamat (Usaha pihak sekolah)
6. Tabungan (Faedah & Usaha)
7. Pelancongan (Kebaikan)
8. Pengangkutan Awam (Langkah memperkasakan / kepentingan)
9. Membaca (Cara menggalakkan)
10. Perpaduan Kaum (Peranan)
11. Alam Sekitar – Program Pembangunan Mesra Alam / Melestarikan hutan (Langkah)
12. Bahasa Inggeris / Bahasa Asing (Kepentingan / Langkah)
13. Rasuah (Kesan / Langkah)
Soalan 4 : Global
1. Jenayah Antarabangsa (Kerjasama antara negara)
2. Penyakit berjangkit (Bentuk kerjasama)
3. Pelaburan Asing (kebaikan)
4. Kerjasama antara Negara (bentuk)
5. Keamanan serantau (langkah)
6. Kemelesetan Ekonomi (Kesan & Usaha)
Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Bangunan Bersejarah (Kepentingan & Langkah)
2. Puisi Tradisional (Usaha / Kepentingan)
3. Membaca Karya Sasatera (Sebab kurang diminati & Langkah
Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat
Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.
Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).
Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat
Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan
Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.
Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.
Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Perak 2010 daripada blog Cikgu Zaki).
Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Rangka Karangan
Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya
Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)
• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan
Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat
Karangan Contoh
Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.
Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Soalan 1:Remaja/diri sendiri
1. Rakan anda sering terbabit dalam perlumbaan motosikal haram. Anda ingin menasihatinya supaya meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah tersebut. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu.
2. Pihak Kementerian Pelajaran mengadakan pertandingan syarahan yang bertajuk “Belia Benci akan Dadah”. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tulis teks syarahan tersebut dengan lengkap.
3. Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen pada peringkat kebangsaan. Usul yang telah ditetapkan ialah `Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM’. Sebagai Perdana Menteri, bentangkan usul ini.
4. Rakyat Malaysia digalakkan supaya menguasai bahasa asing. Pada pendapat anda, apakah kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa asing.
5. Disiplin diri merupakan kunci utama kepada setiap pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Bincangkan kepentingan disiplin diri kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.
Soalan 2: Keluarga
1. Gejala sosial yang semakin leluasa menggambarkan bahawa keluarga gagal merealisasikan konsep pembentukan keluarga yang bahagia. Huraikan punca-punca yang menyebabkan sesebuah keluarga gagal mewujudkan keluarga yang bahagia.
2. Sekolah anda menganjurkan pertandingan syarahan. Tajuk yang telah ditetapkan ialah “Keteguhan Institusi Keluarga Menjana Pembangunan Negara”. Sediakan teks syarahan tersebut dengan lengkap.
3. Keluarga memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesihatan dalam kalangan ahli keluarga. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk memastikan tahap kesihatan keluarga sentiasa terpelihara.
4. Penggunaan Internet dalam kalangan remaja semakin meningkat. Hal ini menyebabkan remaja terdedah dengan pelbagai pengaruh yang positif dan negatif. Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak supaya mereka dapat memanfaatkan Internet dalam kehidupan mereka.
5. Gejala remaja lari dari rumah sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan di negara ini. Masalah ini semakin leluasa dan membimbangkan pelbagai pihak. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menangani masalah ini.
Soalan 3: Persekitaran/Masyarakat
1. Anda menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk yang telah ditentukan oleh pihak penganjur ialah “Negara Bebas Rasuah”. Tulis teks syarahan tersebut dengan lengkap.
2. Kemasukan pelaburan asing ke negara kita sangat penting untuk memacu dan menggerakkan ekonomi negara. Huraikan kebaikan pelaburan asing kepada rakyat dan negara.
3. Kes jenayah semakin leluasa di negara kita. Untuk menangani masalah ini, masyarakat setempat perlulah bersatu hati dan bekerjasama. Bincangkan peranan masyarakat untuk mengurangkan kes jenayah tersebut.
4. Pembangunan yang mesra alam akan mengelakkan pencemaran. Buktikan kenyataan ini.
5. Kawasan hutan di negara kita semakin mengecil akibat aktiviti pembangunan yang pesat. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan hutan di negara kita.
Soalan 4: Global/serantau/antarabangsa
1. Semua negara di dunia hendaklah diharamkan daripada menjalankan atau mengaktifkan program senjata nuklear di negara masing-masing. Bincangkan penyataan ini.
2. Keselamatan di perairan Selat Melaka menjadi tanggungjawab semua negara di dunia. Sejauh manakah anda bersetuju tentang kenyataan ini.
3. Malaysia sering mengadakan kerjasama dalam kalangan negara serantau. Huraikan kerjasama yang pernah dilakukan oleh negara kita.
4. Kawasan perairan Selat Melaka dikatakan tidak selamat kerana aktiviti lanun yang semakin berleluasa. Pada pendapat anda, bagaimanakah aktiviti lanun ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa.
5. Semua negara di dunia perlu berusaha untuk mewujudkan keamanan. Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha ini dapat dicapai..
Soalan 5: Komsas
1. Dalam era globalisasi ini, minat remaja terhadap sastera semakin menipis. Remaja pada alaf ini lebih suka menghabiskan masa dengan permainan elektronik, komputer, telefon bimbit, dan sebagainya. Pada pendapat anda, adakah wajar mereka bertindak demikian?
2. Sempena bulan kemerdekaan, anda bercadang untuk menulis cerpen yang bertemakan semangat cinta akan negara. Tulis cerpen itu dengan lengkap.
3. Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik. Anda bercadang untuk mengulas cerpen tersebut untuk diterbitkan dalam akhbar tempatan. Tulis ulasan tentang cerpen tersebut.
4. Anda telah menonton sebuah drama di televisyen.. Anda tertarik akan drama itu. Anda bercadang untuk menulis ulasan tentang drama tersebut. Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.
5. Peribahasa Melayu menyatakan bahawa di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Peribahasa ini sering dijadikan panduan apabila kita berada di mana-mana sahaja kawasan atau di dunia ini. Tulis pendapat anda tentang perkara yang berkaitan dengan peribahasa ini.
Karangan Lumba Haram
Soalan : Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa. Bincangkan punca-punca lumba haram dan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut. (Karangan: Aisyah Kassim, Sem 3, PBMP. UPM)
Cadangan jawaban
Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Isu lumba haram telah banyak diperdebatkan di dada-dada akhbar saban hari. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan terhadap gejala ini daripada terus berlaku tetapi masalah ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada “kudis menjadi tokak”.
Salah satu punca berlakunya gejala lumba haram dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh sikap tidak acuh ibu bapa. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya masing-masing. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu mempercayai anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah putusnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan mereka kerap menghabiskan masa di luar rumah sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu akan hal anak-anak. Atas tanggapan bahawa tanggungjawab mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik, ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah. Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah mendorong gejala ini terus berlaku. Natijah ini seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh ibu bapa.
Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong berlakunya gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Rakan sebaya sering kali menjadi tempat meluahkan perasaan kerana hubungan yang renggang dengan ibu bapa. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka mudah mengikut kata rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa. Mereka juga sering terikut-ikut dengan trend yang mekar dalam situasi kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran kelompok terbesar, mereka dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran.Secara tidak langsung, mereka akan mengikut rakan mereka dengan aktiviti-aktiviti lumba haram. Mereka mula berjinak-jinak dengan lumba haram sehingga terjebak dengan gejala tidak sihat ini. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja dalam mendorong mereka terlibat dengan gejala tidak berfaedah ini.
Seterusnya, pengaruh media massa yang menayangkan filem atau rancangan yang keterlaluan menjadi punca gejala sosial ini berleluasa. Dalam era globlisasi ini banyak terdapat teknologi canggih dan moden seperti televisyen, internet dan sebagainya. Media massa menyiarkan program yang berunsur aksi ganas terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam naluri remaja. Remaja juga gemar menjadikan sesuatu yang mereka lihat sebagai cabaran untuk melakukannya. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, ‘Fast And The Furious’, ‘Initial-D’, dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aksi pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Dalam filem tersebut, mereka ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan.Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak mahu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Hal ini akan mendorong mereka melibatkan diri dalam lumba haram.
Langkah untuk mengatasi masalah lumba haram dalam kalangan remaja ialah Ibu bapa perlu memberi perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak mereka. Dalam mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapai umur remaja. Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka. Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual bersama anak-anak mereka untuk mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Oleh itu, Ibu bapa menjadi benteng pertama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda anak-anak mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa mendidik anak mereka dengan akhlak-akhlak yang baik. Contohnya, mereka diberi hukuman apabila mereka membuat kesalahan dan ibu bapa harus memberitahu kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Dengan adanya perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, anak-anak tidak akan terjebak dalam lumba haram.
Selain itu, peranan kerajaan amat penting dalam menangani lumba haram ini. Pihak polis membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya perlumbaan motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti tidak sihat ini.
Kempen kesedaran turut perlu dilaksanakan dalam menangani kemelut yang melanda dalam kalangan remaja kita ini. Kempen kesedaran dilakukan ditempat-tempat tumpuan orang ramai seperti balai raya,sekolah dan sebagainya.Dalam kempen tersebut, pihak penceramah dijemput untuk memberikan penjelasan. Penjelasan mengenai impak buruk lumba haram diperincikan dalam kempen itu untuk memberi kesedaran yang jitu kepada remaja. Dalam masa yang sama kempen ini turut menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh dihadapi oleh remaja yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram. Jelaslah, kempen yang begitu mudah tetapi efektif berupaya menghalang gejala sosial ini daripada menular dalam jiwa remaja kita jika dilaksanakan dengan baik.
Kesimpulannya, pengaruh sebaya mempunyai pengaruh yang paling kuat yang menyebabkan kemelut lumba haram terus menular dalam kalangan remaja. Kita perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengengkang gejala ini terus berlaku jika tidak banyak kesan yang buruk akan melanda negara kita kerana remaja ialah bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan. Semua pihak harus berganding bahu dalam mengatasi masalah lumba haram agar dapat melahirkan modal insan yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Karangan Syarahan
Soalan
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Jawapan contoh
Yang mulia tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian penularan penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Hadirin sekalian,
Selain itu pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan, bak kata pepatah biar titik jangan tumpah. Misalnya dalam kes penularan penyakit selesema burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh memilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata pepatah biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.
Tuan-tuan yang dihormati,
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.
Fokus Karangan SPM 2010 – Bencana Alam
Antara isu lain yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah isu yang berkaitan dengan bencana alam.
Soalan yang berkaitan dengan isu ini terdapat dalam Kertas 1 (Karangan Respons Terbuka) Peperiksaan Percubaan SPM 2010 negeri Terengganu iaitu Soalan 3.
Kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di negara ini berpunca daripada kerakusan manusia itu sendiri.
Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor berlakunya tanah runtuh dan kesan-kesannya.
Selain itu, soalan negeri Perak juga menyentuh isu yang sama, cuma soalan tersebut termasuk dalam dimensi isu antarabangsa iaitu soalan 4 dan fokus soalannya juga berbeza.
Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga, Malaysia telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi menghadapi kejadian tersebut pada masa hadapan.
Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan negara serantau untuk menghadapi bencana alam tersebut.
Yang berikut, dipaparkan pula soalan dan karangan contoh yang menyentuh isu yang hampir sama dengan soalan negeri Terengganu untuk dijadikan rujukan.
Soalan contoh
Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam
Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit
Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu
Karangan Contoh
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.
Fokus Karangan SPM 2010 - Peranan Ibu Bapa Galakkan Anak Aktif dalam Bidang Sukan
Antara soalan yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah soalan tentang peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
Soalan ini terdapat dalam Kertas 1, Karangan Respons Terbuka Peperiksaan Percubaan SPM 2010 Negeri Kelantan iaitu Soalan 2.
Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
Di bawah ini, dipaparkan soalan dan karangan contoh yang hampir sama dengan soalan tersebut.
Soalan contoh
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah
Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan
Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang sepatutnya
Karangan Contoh
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
Semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.